Sunday, September 21, 2014

PERKONGSIAN TRIP KE KOTA KINABALU SEMPENA PROGRAM IMMERSION 2 SABAH PPD JOHOR BAHRU

Pada 23 - 27 Ogos 2014 yang lalu saya bersama beberapa orang GBK, GPK HEM dan Pegawai PPD JB dan 38 orang murid dari sekolah2 daerah Johor Bahru menjalankan program Berkembar bersama PPD Papar, Sabah. Saya telah ditempatkan di SK Pekan Papar dan sebahagian guru lagi di SK Surati, Papar.
Banyak pengalaman yang kami dapat selama 5 hari di sana. Anak2 murid telah diserahkan di bawah jagaan keluarga angkat masing2. Keterujaan murid2 sangat mengembirakan kami sebagai guru kerana di sana murid2 diajar tarian tradisional Sabah dan Tarian Jamilah. Kami dapat melihat corak pembelajaran murid2 di sana dan mengutip sedikit pengalaman yang sangat berharga yang tidak akan dapat di tempat lain. Ikatan persaudaraan yang sangat kuat dan sangat meraikan tetamu yang datang. Pengalaman yang sangat mengujakan dan diharapkan kami akan mendapat kunjungan balas daripada warga PPD Papar terutama dari SK Pekan Papar.

Di sini saya kongsikan gambar-gambar  di sana...






Di kediaman Guru Besar SK Pekan Papar










1 comment:

SELAMAT DATANG